Monday 10 March 2014

Malaysia Airlines MH370

Pesawat Boeing 777-200ER ketika di Lapangan Terbang Charles De Gaulle pada tahun 2011
Pada 8 Mac 2014 , dunia dikejutkan dengan kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang membawa penumpang dari KLIA, Malaysia ke Beijing Capital Internationa Airport , China . Pesawat yang berjenis Boeing 777-200ER ini menmbawa seramai 227 penumpang serta 12 anak kapal . Punca kehilangan masih tidak diketahui dan masih dalam siasatan. 

Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada jam 00:41 , 8 Mac 2014 waktu tempatan dijadualkan mengambil masa 6jam untuk sampai di Lapangan Terbang Ibu Negeri Beijing . Pusat Kawalan Trafik Udara Subang memberitahu , mereka terputus hubungan komunikasi dengan pesawat Boeing 777-200ER pada jam 01:22 dan dilaporkan hilang pada jam 02:40 . Ketua Tentera Udara Malaysia berkata , merujuk kepada radar tentera , pesawat cuba untuk berpatah balik ke KLIA sebelum hilang . 

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan Amerika , Australia , China , Malaysia , Filipina , Indonesia , Singapura ,Thailand dan Vietnam dijalankan di sekitar melebihi 60,000 kaki persegi sekitar Laut China Selatan

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa rampasan menjadi punca utama berikutan dua orang penumpang yang menggunakan identiti palsu yang telah dikenalpasti . Beliau turut menambah , berkenaan serpihan kapal terbang di temui di kawasan laut selatan Vietnam masih belum disahkan . 

Gambar menunjukkan jarak antara KLIA dan Lapngan Terbang Beijing serta kedudukan terakhir pesawat penerbangan MH370 sebelum hilang
Pemandangan di dalam kokpit pesawat Boeing 777-200ER (MH370)


No comments:

Post a Comment