Monday 19 May 2014

Surat Penjelasan JPJ mengenai penggunaan Tinted Gelap



Surat Penjelasan JPJ mengenai cermin gelap kereta import

Khidmat Pelanggan : #241907

Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan tuan berhubung “JPJ HARUS MESRA PENGGUNA BERHUBUNG ISU CERMIN GELAP” bertarikh 26 Januari 2010.Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan tuan dalam isu cermin gelap. Untuk makluman tuan, peraturan mengenai cermin gelap diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991. Di dalam kaedah tersebut menyatakan bahawa cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% tetapi 20% daripada bahagian paling atas cermin hadapan tersebut adalah dikecualikan manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 50%. Ini bermakna, pemilik-pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggelapkan cermin kenderaan mereka tetapi mengikut kadar ketelusan cahaya sebagaimana yang ditetapkan.Sebagai makluman tuan, peraturan cermin gelap yang diguna pakai di peringkat antarabangsa adalah di bawah Reg.43 UNECE. Peraturan ini memperuntukkan cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 75% dan tiada pengecualian kepada mana-mana bahagian kaca hadapan tersebut, cermin sisi pemandu dan sebelah pemandu perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin sisi belakang dan cermin belakang tidak dinyatakan tahap ketelusan cahaya kerana ia bergantung kepada persetujuan pengeluar kenderaan tersebut untuk meletakkan tahap ketelusan. Biasanya ia di nyatakan dengan simbol V. Contohnya: V30 bermakna tahap ketelusan yang dipersetujui oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah sebanyak 30%.

Untuk makluman tuan juga, di negara-negara yang menjadi ahli kepada WP29 (World Harmonization For Vehicle Regulation) iaitu yang mengguna pakai Reg.43 UNECE, pengeluar kenderaan adalah bertanggungjawab kepada tahap ketelusan cahaya dan juga bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada cermin gelap yang dipersetujuinya. Oleh sebab itu, terdapat perjanjian yang ditandatangani bersama di antara pengeluar kenderaan dan pihak insuran mengenai fasal kemalangan yang diakibatkan oleh cermin gelap tersebut. Malaysia telah pun menjadi ahli kepada WP29 tersebut dan telah menerima pakai peraturan-peraturan tersebut secara berperingkat. Di dalam perkara berhubung cermin gelap, Malaysia masih belum dapat melaksanakan peraturan tersebut sebagaimana negara-negara luar kerana pengeluar kenderaan masih belum ada perjanjian bersama dengan pihak insuran berkenaan fasal kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kadar ketelusan cermin gelap.Berhubung perkara ada pihak yang dibenarkan untuk memasang cermin gelap, di dalam kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 ada memperuntukkan mengenai pengecualian terhadap kenderaan yang digunakan untuk Yang di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi, pegawai polis atau pegawai tentera yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera. Kaedah tersebut juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk memberi pengecualian secara bertulis kepada mana-mana orang. Menteri Pengangkutan telah membuat garis panduan bahawa sesiapa yang memenuhi syarat dan benar-benar perlu boleh diberi pengecualian daripada peraturan kaca gelap. Faktor-faktor yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan isu keselamatan dan kesihatan.Bagi faktor keselamatan, pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Polis Negeri mereka dan membuktikan terdapat isu keselamatan terhadap diri mereka atau keluarga mereka kerana kedudukan, pangkat, harta, persengketaan atau pernah menerima ancaman dan sebagainya. Di atas sokongan daripada Ketua Polis Negeri, Ketua Pengarah JPJ akan mempertimbangkan permohonan untuk kelulusan sebagaimana arahan daripada Menteri.

Bagi faktor kesihatan pula, pemohon perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari sama ada penyakit mata atau kulit dan sedang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dan laporan perubatan disahkan oleh doktor pakar di dalam bidang yang berkenaan. Penyakit yang dinyatakan mestilah merupakan salah satu penyakit yang terdapat di dalam senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tergolong dalam penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari bagi membolehkan permohonan tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan.JPJ sememangnya mesra pengguna berhubung cermin gelap kerana apabila sesuatu kenderaan dikesan menggunakan cermin gelap, pemilik hanya diberi Notis PG1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan bagi membolehkan pemilik menanggalkan filem/plastik hitam atau menukar kepada cermin cerah dalam masa sepuluh hari. Kenderaan tersebut perlu dibawa ke mana-mana JPJ berhampiran bagi mempastikan pemilik telah mematuhi peraturan dan membolehkan notis larangan ditarik balik. Notis saman tidak dikeluarkan kepada pemilik yang dikesan menggunakan cermin gelap kecuali kepada pemilik yang enggan mematuhi notis larangan tersebut. Untuk makluman tuan juga, Jabatan Pengangkutan Jalan pernah berhasrat untuk menurunkan kadar ketelusan di mana cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 40%.

Namun demikian, setelah Menteri Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, banyak isu-isu penguatkuasaan yang perlu dipertimbangkan dan ditangani sekiranya kadar ketelusan sedia ada diturunkan.Di antara isu yang di bangkitkan adalah:(a) Menyukarkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya. Cermin kenderaan yang terlalu gelap tentunya akan mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa. b) Menimbulkan kesusahan untuk mengesan pesalah-pesalah trafik terutamanya yang tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan, pemandu dalam keadaan mabuk, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu sambil meriba bayi atau anak kecil dan sebagainya.c) Menyebabkan bahaya kepada pemanduan dan keselamatan di jalan raya kerana cermin gelap boleh mengelirukan pandangan sebenar pemandu terutamanya sewaktu hujan lebat dan pada waktu malam khususnya di tempat-tempat yang tidak mempunyai lampu jalan yang mana boleh mengakibatkan kemalangan. Kajian mengenai keselamatan pemanduan yang dilakukan oleh institusi-institusi keselamatan jalan raya diperingkat antarabangsa mendapati bahawa dalam keadaan biasa terdapat “blind spot” di mana pemandu tak dapat melihat kenderaan yang berada di lorong sebelah belakang kenderaannya, apa lagi jika kenderaan bercermin gelap. Pemandu yang memandu dibelakang kenderaan yang bercermin gelap juga akan jadi resah kerana tidak nampak apa yang ada di hadapan.(d) Menggalakkan berlakunya pecah kenderaan terutamanya kenderaan mewah yang bercermin gelap kerana penjenayah mungkin beranggapan ada sesuatu yang berharga yang diletakkan di dalam kenderaan.Mengenai usul tuan tentang kesalahan-kesalahan lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya seperti tayar botak serta sikap pemandu sememangnya menjadi kesalahan utama yang dikenakan mata demerit dan boleh menyebabkan pemandu digantung atau dibatalkan lesen memandunya.

Modifikasi terhadap enjin tanpa kelulusan juga merupakan suatu kesalahan di bawah peraturan Kaedah-kaedah Pembinaan dan Kegunaan.Untuk makluman tuan seterusnya, JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada bas ekspres untuk memasang cermin gelap. Peraturan yang sama adalah terpakai kepada bas ekspres. Sebelum ini, Kementerian Pelancongan meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk tidak mengambil tindakan ke atas bas-bas ekspres sempena tahun melawat Malaysia yang di lanjutkan sehingga tahun lepas. Mengenai perbandingan dengan negara-negara maju, mereka di iktiraf sebagai negara maju bukan sahaja kerana kemajuan perindustrian dan ekomoni, malah kerana sikap dan mentaliti rakyat mereka juga adalah jauh lebih tinggi dari negara-negara membangun seperti Malaysia. Contohnya, di Jepun dan Eropah, kesedaran mengenai keselamatan sememangnya menjadi perkara utama di dalam kehidupan harian mereka. Pemandu akan memakai tali pinggang keledar keselamatan sebaik sahaja bersedia untuk memandu, anak-anak mereka dididik untuk memakai tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk belakang dan ia telah diimplimentasikan semenjak tahun 70-an tanpa perlu dikuatkuasakan oleh badan penguatkuasa trafik kerana mereka mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan. Berbeza keadaannya di Malaysia di mana pemandu dan penumpang hanya akan memasang tali pinggang keledar keselamatan apabila ternampak anggota JPJ atau Polis. Di Eropah malahan juga Singapura, setiap kenderaan mempunyai alat seperti ‘smart tag’ yang ada di negara kita cuma tol mereka tidak mempunyai palang dan tiada siapa yang melakukan kesalahan melepasi tol tersebut jika tidak mempunyai ‘smart tag’ , senario ini amat berbeza sekali dengan negara ini. Ia adalah disebabkan rakyat di negara mereka sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menuju ke arah itu rakyat Malaysia perlulah menanamkan sikap dan mentaliti yang sebegitu juga.

Untuk makluman tuan, Jabatan ini menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya, yang mana ianya telah digubal setelah dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah dipersetujui sebelum diwartakan menjadi undang-undang. JPJ sentiasa mengkaji dan mengemaskini Akta dan Kaedah selari dengan keperluan dan kehendak semasa. Mengenai persoalan ‘nombor spray’ atau ‘nombor tidak timbul’ yang tuan utarakan, kenderaan Singapura menggunakan teknik yang mana nombor di emboss di atas plat dan ianya timbul. JPJ juga sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem plat pendaftaran seperti Singapura dalam usaha memperketatkan penguatkuasaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Singapura.

Sekian terima kasih.


Bahagian Penguatkuasa,
Ibu PejabatJabatan Pengangkutan Jalan
Putrajaya.

P/s : Langsung tak relevan dengan soalan . Soalannya mengapa di Port (pelabuhan) ada JPJ booth tetapi tidak menahan/menyekat kemasukan kereta re-cond yang sememangnya memakai cermin gelap tanpa tinted film . Setelah pengguna beli baru nak sibuk-sibuk nak enforce law...Apa nie?




ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT | Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.





Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.




Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :






• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?






• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.






• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?






• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?






• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?






• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.






• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?






• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.






• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.






• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?






Justeru itu kami ingin bertanya:






APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?






Jika BOLEH:






Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.






Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.






Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.






Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.






Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.






Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.






Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.






P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.

Monday 5 May 2014

Ini Cara Kita



Sejarah lama di Stadium Darul Makmur tidak menghalang pihak tuan rumah JDT untuk menyambut tetamu di Stadium larkin malam tadi apabila semua pemain pelawat disambut dengan kuntuman bunga mawar.

Mungkin cara begini agak pelik tapi ini adalah salah satu cara untuk memulakan keharmonian dan menghentikan provokasi terlampau. Biar mereka di luar tahu JDT bukan pencetus keganasan.

Penyokong harus teruskan usaha ini ketika didalam stadium untuk menjadikan sukan bolasepak satu perhubungan antara mereka yang datang dari jauh.

HANYA SEBIJI BOLA SAHAJA PUN.

Monday 21 April 2014

kanak-kanak empat tahun tertusuk besi sehingga tembus .



Kota Kinabalu: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, Kota Kinabalu, nyaris maut apabila sebatang besi sepanjang satu meter tertusuk di pipinya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.


Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di luar kawasan sekolah bersama rakannya sebaik selesai seisi persekolahan.


Namun, salah seorang rakan mangsa dikatakan terpijak penutup longkang berjalur besi yang karat hingga menyebabkan salah satu batang besi terjungkit.


Pada masa sama, mangsa yang melintasi longkang berkenaan tidak menyedari besi berkenaan lalu tertusuk sehingga menembusi pipinya.












Keadaan itu menyebabkan beberapa murid yang melihat kejadian itu menjerit ketakutan sebelum beberapa ibu-bapa yang kebetulan berada di situ memaklumkan kepada pihak sekolah.



Beberapa ibu-bapa yang turut menyedari kejadian itu turut membantu menenangkan mangsa.


Menurut saksi, sepanjang besi berkenaan tertusuk di pipinya, mangsa tidak menangis dan hanya mendiamkan diri.


Berikutan keadaan mangsa yang semakin lemah, orang ramai kemudian mengambil keputusan untuk mematahkan besi yang sudah berkarat itu sebelum mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).


Mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan mengeluarkan besi itu di HWKKS.

Monday 14 April 2014

Van Sekolah Terjunam ke Dalam Kolam Kumbahan



Johor Bahru : Seorang murid tadika Kemas berusia empat tahun maut manakala lima lagi cedera parah apabila van sekolah yg dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti di sini , tengah hari tadi . 

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berhampiran . 

Lima lagi kanak-kanak yg cedera dalam kejadian 12.15 tengahari itu dikenali sebagai Nur Aima Abd Razak , 5 ; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal , 5 ; Danial Asyraf Abdullah , 5 ; Danial Aiman Md Gefri , 6 ; dan Sakinah Roslan , 5 .

Kemaangan dikatakan berpunca daripada van yang diparkir menggelonsor dan merempuh pagar sebelum terhumban ke dalam kolam kumbahan tersebut . 

Tuesday 18 March 2014

MH370 : Amerika Syarikat Tarik Diri


Tentera laut India antara beberapa negara yang menghantar peralatan ketenteraan mereka bagi pencarian MH370. – Gambar Reuters, 18 Mac, 2014.

Tentera laut India antara beberapa negara yang menghantar peralatan ketenteraan mereka bagi pencarian MH370. – Gambar Reuters, 18 Mac, 2014.Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu, lapor agensi berita antarabangsa AFP.
Laporan memetik kenyataan pegawai Pentagon itu mengatakan keputusan itu dicapai kerana  kawasan pencarian kini begitu luas dan adalah lebih baik pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.
Tentera laut AS bercadang menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion bagi membantu Malaysia mencari pesawat Boeing 777-200ER, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.
Hari ini masuk hari ke-11 operasi mencari dan menyelamat dilakukan untuk pesawat tersebut.
USS Kidd menyertai pencarian MH307 minggu lalu dan mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman atas permintaan kerajaan Malaysia.
"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," kata laporan tersebut.
Malaysia sudah secara rasmi meminta bantuan 14 negara dalam misi mencari dan menyelamat, termasuk maklumat radar dan satelit.
Sehingga kini, 26 negara terlibat dalam operasi tersebut. – 18 Mac, 2014.

Saturday 15 March 2014

MH370 Dirampas

Pesawat MH370 pasti dirampas secara berkumpulan dan pejenayah ini memang pakar tentang pesawat tersebut, pejenayah ini mahir dari segi teknikal dan sebagainya.

MH370 Dirampas Secara Berkumpulan & Terancang | Sebelum ini, kita digemparkan dengan teori konklusif pesawat MH370 telah dirampas. Namun hari ini terdapat berita mengatakan pesawat MH370 dirampassecara terancang dan berkemungkinan secara berkumpulan.

rampasan kapal terbang, kapal terbang mh370 dirampas, mh370 dirampas pengganas, rampasan pesawat mh370 di china, pesawat mh370 sah dirampas, hijacked plane
Sekadar Hiasan

Pesawat MH370sebelum ini didakwa telah membuat pusingan U. Maklumat terbaharu ini menguatkan lagi teori rampasan dibangkitkan ramai pihak. Namun yang menjadi persoalan, jika benar pesawat ini dikawal seseorang bagaimana cara ia dilakukan?

memetik akhbar Sinar Harian, pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih. Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.

Baca Juga : Punca Telefon Berdering Dalam MH370 Yang Wajib Korang Tau

Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.

Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.

"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.

Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.

Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.

Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu  menggodam sistem pesawat.

Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi. -SINAR HARIAN