Friday, 14 March 2014

MH370 Kemungkinan di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News.

Pegawai kanan Pentagon itu memberitahu ABC News, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan.

Jelas pegawai itu, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut.

Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.


Amerika Syarikat mempunyai sebuah pangkalan tentera Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi seperti yang ditunjukkan dalam peta di atas.

Pendedahan pegawai kanan Pentagon itu menyusul kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media pada Khamis menafikan laporan awal akhbar The Wall Street Journal yang mengatakan ada bukti pesawat itu telahterbang selama beberapa jam selepas ia kali terakhir dikesan.

Usaha mengesan pesawat Boeing 777-200 itu pada mulanya digerakkan di kawasan Laut China Selatan sebelum diperluaskan di kawasan Selat Melaka sampai ke perairan dekat Kepulauan Andaman.

Ia diperluaskan selepas ada bukti pesawat berkenaan berpatah balik dari laluan asalnya dan dikesan pada kali terakhir di kawasan utara Semenanjung Malaysia dekat Selat Melaka.

"Kita sedang bekerjasama dengan dekat dengan pihak FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika.

Dalam sidang media pada Khamis juga, Hishammuddin menafikan laporan awalrakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatanyang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkanimej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihandaripada MH370.

Bekas juruterbang berpengalamanDatuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussainsebelum ini berkata Lautan Hindi adalah kawasan laut yang paling bergelora kerana kawasan perairannya yang luas dan tidak dihimpit oleh daratan, berbanding kawasan laut lain.

"Ini adalah kawasan yang paling sunyi di dunia. Sangat sedikit kapal dan pesawat yang lalu di situ. Ombaknya kuat dan angin kencang. Sekiranya pesawat hilang di situ, peluang untuk menemuinya sangat tipis," katanya.

MH370 Beri Isyarat


Imam Kagat dari Kor Agama Angkatan Tentera, Mohd. Faizal Arif Abdullah mengetuai solat hajat selepas menunaikan solat Maghrib pada operasi pencarian dan menyelamat pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang, di perairan Laut China Selatan, semalam. Kapal milik TLDM, KD Lekiu yang mempunyai 149 anak kapal, 15 krew helikopter penyelamat Super Lynx memulakan operasi sejak Ahad lalu. - UTUSAN/Irwan Majid


WASHINGTON 14 Mac - Pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, dilapor menghantar isyarat ‘ping’ kepada sebuah satelit selama empat jam, sebaik-baik kapal terbang berkenaan hilang daripada radar.
Seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, tindakan itu menunjukkan bahawa pesawat berkenaan kemungkinan masih terbang sejauh beratus-ratus kilometer selepas ia hilang daripada radar.
Jelas beliau, pesawat Boeing 777-200 itu tidak menghantar data ke satelit terbabit, sebaliknya hanya memancarkan isyarat untuk berhubung.
Syarikat pembuatan pesawat, Boeing Co menawarkan perkhidmatan satelit untuk mengumpul maklumat operasi penerbangan pesawat dan menghantar data tersebut ke pangkalan utama pesawat itu.
Perkhidmatan tersebut diwujudkan bagi menyediakan maklumat untuk proses pembaikan atau kerja penyenggaraan sebelum mana-mana pesawat buatan Boeing mendarat.
Walaupun difahamkan syarikat Malaysia Airlines tidak melanggan perkhidmatan itu, namun pesawat masih mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan satelit dan mengeluarkan isyarat secara automatik.
“Fungsi isyarat itu seperti telefon bimbit yang dipadamkan, tetapi masih mampu memberi mesej seperti ‘Saya di sini’ kepada syarikat rangkaian komunikasi.
“Berdasarkan fungsi itu, syarikat telekomunikasi masih boleh mengesan kedudukan telefon yang dipadamkan atau tidak membuat panggilan," jelas pegawai tersebut.
Bagaimanapun Boeing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, laman web akhbar Wall Street Journal melaporkan, sebuah satelit milik syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat menerima isyarat tersebut selama lima jam selepas pesawat MH370 hilang.
Perkara tersebut disahkan oleh Inmarsat namun tidak pula menyatakan bila isyarat terbabit diterima, lapor stesen televisyen BBC.
Dalam pada itu, pegawai tersebut berkata, fungsi mesej telefon bimbit berbeza dengan isyarat yang dihantar pesawat untuk dikesan oleh radar.
Katanya, jika pesawat meletup semasa dalam penerbangan atau mengalami masalah kegagalan teknikal, semua isyarat termasuk ke satelit akan terhenti pada masa kejadian. - AGENSI

Wednesday, 12 March 2014

Berikutan Isu Bomoh Diraja .


SEPANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIS Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam Rabu.kliaSepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini.

Pasukan penguat kuasa JAIS yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.

Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa “Raja Bomoh”, melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Mstar Online

Tuesday, 11 March 2014

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
Foto

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12(Sumber hmetro.com.my)
Penumpang pasport curi disahkan warga Iran, kata KPN

Eoria Nour Mohammad Mehrdad, warga Iran yang menggunakan pasport curi - Foto Astro Awani

SEPANG: Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 15:59 (MYT)
Tag: MH370, Malaysia Airlines, Ketua Polis Negara, Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad
Dua penumpang misteri tidak mungkin pengganas, kata polis Thailand



KUALA LUMPUR: Polis Thailand tidak yakin dua lelaki yang menaiki pesawat Malaysia Airlines yang hilang dengan menggunakan pasport yang dicuri adalah pengganas, sebaliknya percaya mereka mungkin pelarian yang mencari suaka.

"Kami belum mengetepikan (kemungkinan mereka pengganas) tetapi bukti-bukti yang kami dapat bertentangan dengan pandangan bahawa mereka ini terlibat atau pernah terlibat dengan keganasan," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome kepada Reuters di Bangkok.

Bukti-bukti itu termasuk penglibatan dua lelaki Iran yang membuat tempahan dengan sebuah agensi pelancongan dan memungut tiket tersebut bagi pihak dua penumpang misteri itu.

Akhbar Financial Times pada Selasa mendedahkan dua lelaki itu membeli tiket penerbangan mereka melalui orang tengah yang dikenali dengan namaAli.

Mereka membeli tiket dengan harga yang paling murah untuk penerbangan ke Beijing dan seterusnya ke Eropah.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki.

"Sebaliknya, mereka meminta tiket dengan harga tambang murah serta tidak menyatakan dengan khusus laluan atau syarikat penerbangan," tambah Supachai.

Polis Thailand turut mencari seorang warga Iran yang mengambil tiket mereka daripada agensi pelancongan itu dan membayarnya dengan tunai. Lelaki itu dikenali dengan nama Hasem dan diketahui berada di Pattaya.

Ia percaya dua lelaki Iran itu mungkin terlibat dengan perdagangan penyeludupan manusia kerana Ali dikatakan sudah berlanggan tiket penerbangan dengan agensi pelancongan itu sejak tiga tahun lalu.

Ia juga percaya Ali menempah tiket-tiket penerbangan sepanjang tiga tahun itu untuk warganegara Iran.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin menegaskan bahawa pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mematuhi semua protokol keselamatan yang ditetapkan oleh standard antarabangsa.

Oleh itu, siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan untuk menaiki pesawat MH370 itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pemalsuan pasport.

Beliau juga mengesahkan, selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki Asia.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 15:12 (MYT)
Tag: polis, Thailand, pesawat, MH370, pengganas, pelarian, Supachai Puikaecome

Monday, 10 March 2014

Susulan Kehilangan MH370


KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia. 
Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.

Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan
terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.

"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa
mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam
selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.

Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri
itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.

"Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali
dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.

Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.

CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa
tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria
mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.

Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.

Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/10